Rampasan Hamas 2009 Sekatan_Genting_Gaza

Pada 12 Januari 2009, dilaporkan Hamas menyerang beberapa dari 100 trak bantuan yang memasuki Gaza, mencuri isinya dan menjualnya. Sayap bersenjata Hamas juga merebut 12 trak penuh dengan bantuan kemanusiaan yang telah disumbangkan oleh Jordan pada 20 Januari 2009.

Pada 3 Februari, 3.500 selimut dan lebih dari 400 pakej sembako disita oleh pegawai polis Hamas dari UNRWA. Koordinator Bantuan Kecemasan PBB menuntut agar bantuan dikembalikan. 5 Februari, Hamas merebut 200 tan bekalan bantuan makanan dari UNRWA.Hamas menjelaskan bahawa insiden itu akibat salah faham antara pemandu lori .Hamas mengembalikan semua bantuan yang disita.

Israel juga menuduh Hamas menyeludup senjata terus ke Gaza melalui terowong ke Mesir. Buktinya serangan roket Hamas tidak berhenti. Hamas juga tidak akan meneruskan perundingan pembebasan tentera Israel bernama Gilad Shalit sejak tahun 2006

PBB mencatat tujuh pelanggaran IDF dari gencatan senjata antara bulan Jun 20 dan 26 Jun dan tiga pelanggaran oleh kumpulan-kumpulan Palestin. Pada 18 Disember Briged Izzudin al-Qassam sayap tentera Hamas, melaporkan 185 pelanggaran Israel selama masa tenang. 223 roket dan mortar ditembakkan dari Gaza selama 139 hari bertenang, termasuk 20 roket dan 18 mortir sebelum 4 November. Roket api menurun sebanyak 98 % dalam empat setengah bulan antara 18 Jun dan 4 November. Hamas menyangkal bertanggung jawab atas serangan roket selama tempoh bertenang.

Pada Januari 2009, selepaa fasa pertama Perang Gaza, Israel menyatakan akan meneruskan kepungan ekonomi bagi melemahkan kekuatan Hamas. Pada Julai 2009, Israel mengatakan sedang membuat usaha bantuan kemanusiaan di Gaza. Pada bulan Mei 2010, kemasukan ke Gaza iaitu lebih 1.5 juta liter bahan bakar solar dan bensin, buah-buahan dan sayuran, gandum, gula, daging, ayam dan produk ikan, produk susu, makanan ternakan, produk kesihatan, pakaian dan kasut.